Blogger Widgets corat coret kehidupan

Saturday, 12 January 2013

~Berhenti Berharap~

dua perkataan yang terlalu sukar untuk dilakukan..
walaupun bibir dengan keras menyatakan harus melupakan..
tetapi hati tidak dapat untuk menidakkannya..
hati tetap merindui..hati tetap berharap..
mengharap pada yang tidak pasti..
mengharap pada yang tidak sudi..
sehingga suatu saat air mata tidak mampu lagi untuk mengalir..
tidak mampu lagi maratapi kesedihan yang dirasakan dalam hati..
apa yang dirasa sudah tidak tertanggung..
berharap agar dia juga merasakan hal yang sama..
tetapi itu sudah pasti tidak akan terjadi..
malam yang dingin..hujan yang turun ke bumi..
seolah-olah mengerti akan hati ini..
puas ku pujuk..puas ku kuatkan hati ini..
agar berhenti berharap untuk mendapatkan cinta dia..
didalam sujud..didalam setiap doa..
aku meminta kepada Allah agar hapuskan rasa ini..
dalam doa aku merintih..
dalam tangis melirih sendu..
aku berharap dia sentiasa bahagia..
sedarlah..kamu kehilangan seseorang yang begitu mencintaimu..
meskipun aku mencintai dalam diam..
aku berhenti berharap..

Saturday, 22 December 2012

Cinta Mahabbah


Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan
Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.
C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).
Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.
Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang yang telah 'syirik' iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.
Ini kerana hawa nafsu CINTA harus disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w , sebagaimana ayat di dalam surah Ali' Imran  ayat 31.
" Katakanlah (wahai Muhammad): " Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Ayat tersebut menjelaskan bahawa, 'Jika kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah yang menerima risalah daripada Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia. Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.
Selanjutnya Allah berjanji kepada sesiapa yang memenuhi syarat di atas iaitu mematuhi ajaran Rasulullah SAW , Allah akan mencintainya. Akhirnya Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosanya.
Apakah Erti Cinta?
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?  Nauzu Billah Min Zalik.

Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..
 Katakanlah "Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya." Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Cinta yang sebenar-benar cinta!

Thursday, 20 December 2012

Lembutnya Hati Wanita





Assalamualaikum..cik wawa hari nak kongsi pasal kelembutan hati seorang wanita..ramai jejaka diluar sana yang tak mengerti dengan perasaan seorang wanita..kebanyakkan jejaka terlalu bermulut manis dengan wanita sehinggakan tidak sedar bahawa perilaku mereka yang sebegitu mampu membuatkan hati seorang wanita nie cair dan jatuh cinta dengan mereka tanpa mereka sedari..hurmm..mungkin jejaka itu hanya menganggap wanita itu sebagai seorang sahabat..tapi..jejaka 2 nie kadang2 tak sedar pun yang mereka layan wanita nie melebihi sebagai seorang sahabat..sehingga terbitlah dalam hati seorang wanita itu satu perasaan yang asing dan wanita itu sendiri tidak tahu bagaimana perasaan itu boleh terbit..cik wawa bercakap bukan sekadar rekaan semata2 tapi kebanyakkan apa yang cik wawa post dalam blog nie ada kena mngena dengan kehidupan cik wawa sendiri..jejaka yang melayan wanita sebegini sebenarnya telah mengganggu emosi wanita itu sendiri.terkadang wanita itu keliru sama ada jejaka nie menganggap wanita itu sebagai sahabat atau lebih sebab layanan jejaka itu yang dianggap 'istimewa' bagi wanita itu..persahabatan mereka pasti terganggu bukan? kerana salah seorang daripada mereka sudah mempunyai perasaan lain..dan agak menyedihkan jugak kalau cinta wanita itu ditolak..oh tidaakk!!kecewa habis la wanita tu..okay,pengajarannya,jejaka2 diluar tu,jangan jadi mcm jejaka dlm cerita nie tau..tak baik main2kan perasaan pompuan..kalo anggap sahabat,jangan la layan melebih2 pulak..sekian..^_^





Tuesday, 4 December 2012

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Assalamualaikum..ari nie cik wawa nak kongsikan artikel nie yg cik wawa baca..semoga kita sama2 dpt mengamalkannya supaya hidup kita sentiasa dirahmati Allah hendaknya..aaaminn...


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada  
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.
Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh
berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa 
diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan 
semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan 
menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, 
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri 
sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku 
sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku,
esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut 
kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur 
sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara 
kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak 
sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang  

mengumpat.

Monday, 3 December 2012

Jiwang2 Meh...

assalamualaikum..cik wawa ade terdengar satu lagu nie..uih la mak...jiwang habis...kene lah dgn jiwa nie..kikiki...nie lirik die sikit:-

semusim telah berlalu

air mata mengiring restu,    
terasa sebak didada
tersurat perpisahan yg telah ditakdirkan , 
abadi didalam ingatan
Kisah silam terbayang dimata..



waduh..terbayang pulak kat pakwe lme..hehe..nt ade pulak org mengamuk jap ag nih...tp semua org ade hati n perasaan kan..susah nak lupakan org yg kite syg walaupun kite dah ade pengganti..entah lah..cik wawa syg die tp cik wawa tk penah ckp pun kat die..smpai lah cik wawa jmpe ngn encik s..hurm..sedihhh...:'(
die sepupu kot tu yg cik wawa just buat tk tau..maybe die just anggap cik wawa nie adik je kot..cik wawa sendiri tk tau..tk pe lah kan biarkan yg lalu tu terus berlalu..moga hati ini sentiasa mampu setia pada encik s...


nih lagu penuh..maybe this is for u ****..hopefully dia dengar..:'(

Wednesday, 28 November 2012

Tautan Cinta Jalinan Kasih


assalamualaikum..pergh..tajuk entri kali nie jiwang habis..hehe..cik wawa nak cerita pasal someone nie lah kat entri kali nie...sape someone tu??hehe..shupss..yg pasti special..^_^..ok lah  cik wawa start cte deh...
cik wawa kenal die nie mase pg public speaking peringkat kebangsaan kat mrsm trolak perak...nak dijadikan cte,malam tu die nie dduk kt blakang cik wawa jek dlm dewan tu..mula2 tu buat tk tau je...pastu lme skit tu ntah sbab ape cik wawa dgn selambernye mintak number fon die..haha..buat mke tk malu..n die pun kasi..sepanjang kami ade kat situ,cik wawa tk pernah pun msg die..jumpe kat kantin ade lah sembang2 kosong skit..tnye umur masing2..die terkejut cik wawa nie sme umur dgn die..hehe...pastu bile dah berpisah msing2 dah blk negeri masing baru lah si dia nie anta msg kat cik wawa..pada 19.12.11 die ajak kapel...wahaha..nak tergelak pun ade mse tu..tnye lah npe skrng bru nak ckp ske kat cik wawa..kat sne tk dk plak nak ckp mcm tu..die kate malu..hehe..cik wawa pun tk fikir panjang trus terima ajakan kapel die tu..n still kekal sampai sekarang tau..statement kat fb die..


"She's cute..angry like a lion but easy to cool..she's my special one..hehe.."


hoihoi..geli pulak cik wawa bcenyer..haha...pape pun hepy la dpt knl ngn die nie..penyabar uih..mcm2 dah cik wawa buat prangai tp die cool jek..last2 cik wawa sendiri bengang die tk marah cik wawa blk..mne lah nk cri lelaki yg sanggup thn ngn prangai cik wawa nih mcm dia..tenkiu..still syg sye sampai sekarang..insyaAllah suatu hari nanti kte berdua bersatu jgk..jgn risau lah kte jauh..kalo jodoh tak kemane..sorang ddk pahang sorang ddk johor..uih perasaan rindu tu usah ckp lerr..tp sabar jela..hnye berdoa pada Allah supaya suatu hari nanti kami dpt bersama...aaminn..^_^


sekarang kita macam nie :-



pastu macam nie :-








pastu ada family macam nih..hakhak..gatal!! :-










Tuesday, 27 November 2012

Blog Tak Cantik??



hurm dah ape kes nie..tk kesah pun lah cantik tak cantik..cik wawa buat blog nie bukan nak tarik follower sngt pun just nak tulis pasal kehidupan seharian cik wawa n kadang2 tu luahan hati jugak lah..kiki...nak luahkan perasaan pun nak kne tulis kat blog eah..setiap org tu berbeza2 caranye..cara cik wawa mcm nie..cara korang lain pulak kan..ye dak??isu2 blog tk cntik ape sume tk kesah langsung pun...janji cik wawa hepy..kalau tak suka,pg main jauh2..huhu..nanti tk mau dgr dah tau pasal nie...kalo tk selotip mulut tu nanti..eah cik wawa nie..suka2 hati je nak selotip mulut orang ye..yelah mcm tu je caranye nk diamkan mulut org yg tk berbudi bahasa nie..jangan marah yep..peace..^_^